
Mula berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada Febuari 2003 dan kemudian berkhidmat sebagai pegawai perubatan pinjaman KKM di Perkhidmatan Kesihatan, Kor Kesihatan Di raja, Angkatan Tentera Malaysia. Dr Zulainies kemudian berkhidmat sebagai pegawai perubatan, bergabung bersama jaringan Klinik Adham dengan penubuhan Klinik Adham Sri Saujana pada 16 September 2008 sehingga sekarang.
Lebih dikenali dengan panggilan Dr Zulainies(Dr Anies) , berpengalaman selama hampir 21 tahun sebagai pegawai perubatan yang banyak merawat pesakit kronik , warga emas, kanak-kanak, pelbagai jangkitan seperti jangitan telinga, paru-paru, saluran kencing, rawatan luka termasuk rawatan Diabetic foot ulcer dan rawatan kulit termasuk Ekzema. Selain itu Dr Zulainies juga melakukan pembedahan kecil dan memberi rawatan pada pesakit mengandung.
Fokus rawatan perubatan berintegrasi yang bersifat Holistik , memahami prinsip terjadinya penyakit tanpa mengabaikan aspek penting seorang individu yaitu jasmani, rohani dan mental(emosi). Dr Zulainies meminati ilmu bagaimana terjadinya sesuatu penyakit atau ketidak upayaan serta faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidak stabilan dan keparahan sesuatu penyakit. Penekanan prinsip pencegahan penyakit, gaya hidup sihat serta pematuhan rawatan kesihatan adalah utama dalam memastikan kelangsungan hidup yang baik dan berkualiti.
Kepuasan hati bagi saya adalah apabila melihat pesakit saya kembali sihat, stabil, serta dapat menikmati hidup, mandiri dan bahagia.
Beliau telah berkhidmat di banyaktempat sebelum tertubuhnya Klinik Adham Sri Saujana. Berikut adalah beberapa tempat pengalaman beliau sebagai seorang doktor.
Beliau berkhimat di Klinik Adham Sri Saujana sejak penubahan. Selain rawatan biasa beliau banyak merawat pesakit kronik termasuk luka kronik seperti kencing manis, gout, bayi dan kanak-kanak, jangkitan telinga, jangkitan paru- paru, jangkitan sakit puan, masalah lutut, sendi dan rawatan serta rujukan Psikiatri. Rawatan bersifat bersepadu, komprehensif , terfokus dengan pemantauan secara dekat dengan pesakit sehingga sembuh atau stabil.
Beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan pinjaman (seconded) ke Kementerian Pertahanan sebagai pegawai pemerintah dan pegawai perubatan di 809 Rumah Sakit Angkatan Tentera, Kem Mahkota Kluang, 810 Rumah Sakit Angkatan Tentera, Kem Majidee dan di Pusat perubatan PULADA. Beliau bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan dan perubatan semua anggota tentera dan keluarga di bawah skop lingkungan tanggungjawabnya. Selain memberikan rawatan pesakit luar, beliau turut terlibat dalam rawatan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, pemeriksaan kesihatan, laporan perubatan tentera dan perlindungan perubatan di dalam dan di kawasan latihan . Dengan pengalaman ini memberi banyak pendedahan tentang penjagaan kesihatan dan penanganan secara holistik di dalam komuniti, terfokus( bersifat individual) dan seimbang.
Beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di wad perubatan, kanak- kanak, perbidanan dan Orthopedik. Pengalaman ini memberikan pendedahan tentang rawatan penyakit kronik( perubatan), bayi dan kanak-kanak, perbidanan , kecederaan, tulang dan sendi.